

Since 1993
"
1993
TAHUN
NS Caterer adalah sebuah perniagaan membekal makanan bermasak khusus katering luar (outside catering).
Bermula pada tahun 1993 dengan menyediakan makanan kepada sejumlah peserta kursus selama tiga bulan siang dan malam tanpa henti adalah menjadi titik permulaan yang tidak ternilai.
TAHUN
2000
"
Pada tahun 2000, kami mengukuhkan lagi perniagaan ini dengan mula memiliki premis sendiri. Bermula dengan membeli 2 buah lot kedai, operasi kami menjadi bertambah tersusun. Seterusnya, dengan peluang yang ada dan keperluan ruang yang perlu ditambah, kami membeli lagi lot bersebelahan. Kini, kami sudah mempunyai 5 lot kedai sederetan dan semuanya digunapakai khusus untuk operasi ini.
Kami menaruh kepercayaan bahawa masih ramai khalayak termasuk anda yang bersedia menjadikan sajian makanan sebagai kriteria penting untuk kejayaan majlis anda samada majlis yang ringkas, sederhana mahu pun eksklusif.




Katering telah menjadi satu keperluan ramai. Dalam mewarnai bidang ini, kami bersungguh dan bertekad dari awal lagi mahu mengungguli dan lebih terkehadapan dari rakan-rakan kami untuk dapat benar-benar menyajikan makanan lazat yang istimewa. Justeru, kami berusaha membawa hidangan yang sedap ini bersama gaya-gaya yang lebih tersendiri dan terkini, samada disedari atau kurang disedari oleh khalayak.
Kami terasuh untuk menanggapi semua majlis yang dirancang adalah ISTIMEWA.